ANAK-ANAK ASNAF RUMAH KEBAJIKAN BAITUL HIDAYAH MEMBERI SINAR KEGEMBIRAAN
Pada Majlis Sambutan Hari Raya NUBE KLSP pada 19.05.2023 yang lalu Keluarga NUBE KLSP telah bersama berkongsi kegembiraan bersama Rumah Anak-Anak Asnaf Baitul Hidayah yang bertempat di Puchong. Sambutan pada ketika itu amat luar biasa dengan kehadiran warga NUBE KLSP malah sumbangan yang diberikan amat memberangsangkan.
Kejutan terbesar adalah hasil sumbangan dari ahli NUBE di KLSP mampu merealisasikan Hasrat Rumah Kebajikan Baitul Hidayah untuk mendapatkan sebuah van yang amat diperlukan bagi kegunaan harian anak-anak Asnaf ke sekolah selepas ditimpa bencana banjir.
AJK NUBE giat mencari sebuah VAN selepas majlis berlangsung untuk di sumbangkan, akhirnya pada 14.07.2023 NUBE KLSP berjaya mendapatkan VAN untuk disumbangkan kepada Rumah Baitul Hidayah tercapai jua.
Wakil Keluarga NUBE KLSP iaitu Bendahari NUBE KLSP Sdra Mohd Rahmat bersama AJK NUBE KLSP Sdra Saifulizan Hajidan telah berkunjung ke Jenjarom bagi menyerahkan sebuah Van (Ford Econovan) hasil sumbangan Keluarga NUBE KLSP.
Inisiatif murni ahli-ahli NUBE KLSP, dengan izin Ibu Pejabat NUBE telah mencecak sumbangan bagi Anak-Anak ASNAF Rumah Kebajikan Baitul Hidayah sebanyak RM20,557.00.
Kepada semua Saudara-Saudari yang telah memberikan sumbangan dengan murah hati; kami NUBE KLSP mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Anda adalah WIRA.
Syukur Alhamdulillah, kita Keluarga NUBE KLSP dapat memberikan kegembiraan buat anak-anak Asnaf ini.