Dewan PC Gomez NUBE HOUSE 12hb Julai 2023 - Pasukan Media Sosial NUBE yang diketuai oleh Sdr Rahmat Hamid telah mengambil bahagian dalam satu forum anjuran SPCAAM “ Are Malaysian Able To Live After Retirement”. Penglibatan pasukan media sosial NUBE ini adalah untuk menyediakan sidang rakaman video siaran langsung serta mengambil gambar suasana sepanjang program berjalan.
Sebelum program berlangsung kesemua ahli pasukan telah diberikan tugasan masing-masing dalam memastikan semua tugasan berjalan dengan baik. Pasukan juga telah membuat beberapa persediaan awal dalam bentuk penyediaan peralatan rakaman seperti kamera video rakaman dan kamera digital yang akan digunakan pada forum tersebut. Tetapan sudut kamera statik dan bergerak juga telah diatur bagi mendapatkan gambaran yang baik dan sempurna bagi tontonan semua.
Ini juga adalah merupakan salah satu aktiviti dan peranan Pasukan Media Sosial NUBE bagi memastikan segala maklumat dapat disampaikan kepada semua ahli-ahli NUBE di serata negeri.
Pasukan Media Sosial NUBE juga telah mengadakan mesyuarat bulanan pada keesokan hari bagi membincangkan pelan rangka kerja bagi projek yang seterusnya yang bakal diadakan pada bulan hadapan. Senarai tugasan telah diberikan kepada kesemua ahli pasukan bagi merancang dan membuat persediaan awal nanti. Selain itu latihan dan mengambilan rakaman video dan gambar juga telah diadakan bagi memantapkan lagi kualiti dan hasil kerja pasukan media.