Besut 18/07/2023 - Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Kelantan/Terengganu meneruskan sesi pertemuan bersama ahli-ahli bagi mengeratkan solidariti dengan membuat lawatan kerja bertemu ahli-ahli NUBE Bank Muamalat Kg Raja Besut Terengganu hari ini.
Sesi pertemuan yang diketuai oleh Bendahari Cawangan K/T, Sdr Helmie Bin Ahmad bersama-sama Ahli jawatan kuasa Cawangan K/T Nur Zarina Binti Che Supli,Kuik sue yet telah membuahkan hasil dengan mengadakan sesi dialog bersama-sama ahli di cawangan bank tersebut.
Disamping itu, Kepimpinan NUBE K/T mengambil peluang ini juga dengan memberi penerangan mengenai isu-isu semasa yang menjadi perhatian masa kini. Pelbagai pandangan bernas juga telah dikongsi di dalam sesi kali ini.
Selain itu, ahli-ahli turut dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE. Kepimpinan NUBE K/T akan meneruskan tradisi ini bagi memantapkan hubungan di peringkat akar umbi.