Pulau Pinang, 20 Julai 23: Dalam siri terkini bagi memperkukuhkan ikatan bersama ahli-ahli Kesatuan, Ahli Jawatankuasa NUBE Cawangan Penang, Kedah Dan Perlis (NUBE PKP) telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di sekitar daerah Butterworth iaitu Affin Bank Butterworth, Bank Islam Butterworth, Public Bank Butterworth dan juga CIMB Bank Butterworth.
Sempena kunjungan itu pada 20 Julai 2023, Sdr Mohamad Rizal Othman Ahli Jawatankuasa Cawangan PKP disertai oleh Sdr Mohamad Faizal Idris Ahli Jawatankuasa Kerja telah memberi penjelasan berhubung perkembangan semasa dan berbincang tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli. Mereka juga telah menyampaikan ucapan serta penghargaan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan NUBE yang diterajui oleh SUA NUBE Sdr J Solomon.
Para ahli juga dinasihatkan senantiasa merancang dan berbincang sesama ahli untuk isu-isu berbangkit yang dihadapi di tempat kerja masing-masing supaya kepimpinan NUBE PKP akan memberi khidmat nasihat yang sewajarnya. Di sampling itu, IRCs telah dimaklumkan untuk memberi tarikh yang sesuai untuk menjalankan mesyuarat tahunan cawangan dan dialog Sesi bersama kepimpinan NUBE PKP.
Lawatan kerja kali ini berjaya jalan dengan lancar bagi mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli di akar umbi.