Kangar 21/07/2023 :- Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE NR PKP Zon 1 Sdr Zaini Halidan bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Fariq Roslan Sdr Abd Manan Saad dan Sdr Mohd Shukri telah mengadakan sesi lawatan kerja di sini hari ini.
Beberapa cawangan bank telah dikunjungi bagi mengeratkan lagi silaturahim antara cawangan PKP dan ahli-ahli NUBE di zon. Pegawai-pegawai NUBE mengambil peluang berkongsi beberapa informasi terkini kepada mereka.
Naskah edisi Khas Suara NUBE juga telah diedarkan kepada ahli-ahli dan rata-rata mereka semua berpuashati dan amat berbangga dengan pencapaian yang baik barisan kepimpinan tertinggi NUBE dalam usaha menyelesaikan Perjanjian Kolektif yang Ke-19 tempoh hari.
Sesi lawatan kerja yang berlangsung selama dua hari ini juga telah diadakan di beberapa cawangan bank di Zon Alor Setar pada sehari sebelum.