_Kuning emas masaknya padi,_
Mawar merah dalam jambangan,
Terima Kasih daun keladi,
Kunjungan kami penuhi undangan
20 Julai 2023, Green Lane - Pegawai Nube NR PKP iaitu Sdra T.Eswaran PJM selaku AJK Cawangan dan AJK Kerja Sdra Alvin PJM telah hadir memenuhi jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Maybank Cawangan Green Lane.Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/2024.
Kalau kain sudah bersih,
Jangan biarkan campak ke tanah,
Kalau Pemimpin sudah dipilih,
Jangan biarkan rosak amanah
Syabas dan Tahniah atas perlantikan AJK Penyelaras (IRC) yang telah berjaya disempurnakan menerusi mesyuarat ini. Semoga tanggungjawab ini akan digalas dengan sebaiknya.
Ahli-ahli juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kejayaaan Perjanjian Kolektif (CA) MCBA- NUBE yang telah buat julung kalinya memperoleh keberhasilan yang terbaik.
#HidupNUBE
#TerimaKasihNUBE.