Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) sama-sama sedih dan berkongsi Salam Takziah atas pemergian Allahyarham YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai 2023.
Warga mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Dalam tempoh yang singkat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah sedaya upaya bertindak untuk menangani isu-isu kos sara hidup dan harga barangan. Negara dan rakyat terutama kumpulan B40 akan tetap akan mengingati sumbangan yang telah dicurahkan.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kerugian besar kepada negara.
b/p BARISAN KEPIMPINAN NUBE KEBANGSAAN
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
NUBE