Pada CA yang ke 19 yang telah ditandatangani pada bulan April 2023. NUBE telah berjaya mendapatkan faedah perubatan keluarga yang lebih baik dari sebelum ini. Disebabkan faedah ini masih lagi baru dikalangan ahli. NUBE telah mengadakan 1 taklimat pada 21.07.2023 berkenaan AIA faedah perubatan keluarga bagi menerangkan faedah-faedah kepada ahli NUBE di pejabat NUBE di Klang. Hadir dalam sesi penerangan di NUBE Klang adalah saudari A.Karuna merangkap Setiausaha NUBE KLSP bersama-sama dengan Bendahari NUBE KLSP iaitu saudara Mohd Rahmat serta ahli jawatankuasa zon Klang saudara Mohamad Shaimi.
Seramai lebih 30 orang ahli NUBE telah hadir mendengar taklimat dari Ms Dorothy iaitu agen AIA yang mengendalikan skim faedah perubatan keluarga ini. Disepanjang taklimat yang diberikan selama 1 jam ini beliau telah menerangkan bagaimana proses serta tatacara menggunakan perkhidmatan AIA ini.
Pelbagai soalan yang telah diberikan oleh ahli-ahli NUBE semasa taklimat dijalankan. Segala persoalan dapat dijawab oleh Ms Dorothy.
Sebelum taklimat berakhir saudari A.Karuna telah menerangkan kepada ahli NUBE, mengapa NUBE memilih untuk memasukkan semua ahli NUBE didalam skim ini yang mana ia lebih baik dari sebelum ini kerana skim ini selain boleh digunakan untuk pergi ke klinik ia juga boleh digunakan kemasukkan ke Hospital.
Taklimat ini akan berterusan untuk memberikan penerangan kepada ahli-ahli NUBE yang perlu penjelasan pada masa akan datang.