duduk di bawah bayang-bayang.
Nube adalah kesatuan dan sahabat,
bersama-sama susah dan senang"
Rentetan dari pantun diatas 25 Julai 2023, Juru AutoCity, Pulau Pinang - Pegawai-pegawai NUBE NR PKP Sdr Abdul Ghani Abu Bakar, Sdr Karthigasan Nadarajan, Sdr Mohamad Rizal Othman bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohamad Faizal Idris dan Sdr Mohd Shukri A.Hamid telah membuat lawatan ke CIMB Bank Juru Autocity yang ditimpa musibah kebakaran pada hari Ahad 23 julai 2023 baru-baru ini punca dari kerosakan penghawa dingin.
Pegawai-pegawai datang memberikan sokongan moral serta menasihatkan ahli-ahli supaya berhati-hati dalam menangani serta menguruskan bencana tersebut.
Ahli-Ahli telah menyambut baik serta menerima kunjungan dan mengalu- alukan kehadiran Pegawai-Pegawai Kesatuan dan merasakan sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sifat ambil berat yang ditunjukkan oleh NUBE NR PKP.