26 Julai 2023, Air Itam Penang - Syabas dan tahniah atas perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/24 dalam satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan di Public Bank Cawangan Air Itam. Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh AJK Cawangan NUBE NR PKP iaitu Sdra T.Eswaran dan AJK Kerja Sdra Cheng Al-Vin.
Ahli-Ahli telah membangkitkan 2 (dua) isu yang mendapat perhatian dan telah diberi khidmat nasihat tindakan lanjut oleh AJK NUBE NR PKP dalam mesyuarat hari ini antaranya ialah:
1. Semai Integriti dalam pekerjaan.
- Ahli- ahli dinasihatkan agar sentiasa bersikap jujur dan ikhlas dalam pekerjaan.
- Peka Dan Cakna Code Of Ethics organisasi yang membantu para pekerja untuk lebih memahami perbezaan antara 'betul' dan 'salah' ketika bekerja.
Dibilang Kata Disebut Adat,
Adat Melayu Bersendi Syarak,
Sebarang Kerja Patut Berhemat,
Hemat Laku Budi Berakhlak.
2. NUBE - AIA Scheme
- Perlindungan AIA ialah RM35,000.00 bagi kemasukan ke hospital dan pembedahan bagi setiap orang dalam keluarga. Manakala,
rawatan Pesakit luar rm1000.00 setiap keluarga.
- Ahli -ahli yang masih belum jelas diminta untuk menghubungi segera Ketua Zon masing- masing untuk penerangan lanjut.
Ahli- ahli sangat berterima kasih dan bersyukur dengan urusan Mesyuarat yang telah dijayakan dengan sempurna pada hari ini. Sokongan yang jitu akan terus diberikan kepada Kepimpinan NUBE yang sentiasa membela nasib ahli-ahlinya.