27 Julai 2023, Gelugor - Di bawah Artikel 17, tindakan tatatertib sehingga membawa kepada penamatan kerja boleh dikenakan sekiranya pekerja telah didapati melakukan salah laku yang serius atau tidak berdisiplin.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Cimb Bank Cawangan USM yang diadakan hari ini memberi kesempatan kepada Pegawai NUBE NR PKP untuk mengingatkan Ahli-ahli supaya melaksanakan tugas dengan amanah dan berdisiplin.
Selain itu,Keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga perlu diberi perhatian.Sebagai pekerja,kita juga perlu bekerjasama dengan Pihak pengurusan dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan.
Pesanan itu dititipkan agar ahli- ahli lebih berhati-hati dan memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.Menghargai dan mensyukuri pekerjaan yang masih ada sehingga hari ini.
Turut hadir bersama bagi perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/2024 ialah AJK Cawangan Sdri Sonia, Nur Marjaan dan AJK Kerja Sdri Mazira.Tahniah diatas perlantikan yang telah dilakukan.Dalam pada itu, Hong Leong Bank Sg Dua juga menerima lawatan kerja dari Pegawai- Pegawai NUBE NR PKP.