2 Ogos 2023,Jalan Macalister, Pulau Pinang - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Public Bank Cawangan Jalan Macalister, Pulau Pinang pada hari ini telah dihadiri oleh Sdra T.Eswaran selaku AJK Cawangan NUBE NR PKP serta AJK Kerja iaitu Sdra Cheng Al-Vin.
Kesemua ahli yang hadir berpuas hati dengan khidmat nasihat yang diberikan Pegawai Nube NR PKP dan lebih jelas mengenai beberapa isu yang dibangkitkan ketika mesyuarat berlangsung. Antara isu utama yang dibincangkan ialah mengenai skim perubatan faedah AIA dan Integriti.
*Kalau Meniup Seruling bambu*
*Siapa Yang Ikut Akan Terbuai*
*Kalau Hidup Sailing Membantu*
*Mana Yang Kusut Akan Selesai*
Berikut merupakan antara kepentingan Integriti di tempat kerja yang ditekankan dan perlu diberi perhatian oleh ahli untuk menjadi pekerja yang produktif iaitu:-
1.Bekerja tepat pada waktunya.
2.Mematuhi polisi syarikat.
3.Menghormati rakan sekerja.
4.Pamer kelakuan bertanggungjawab.
Diakhir mesyuarat , ahli- ahli NUBE NR PKP berterima kasih dan bersatu untuk terus memberi sokongan yang Solidariti kepada perjuangan NUBE. Syabas dan tahniah atas perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/2024 dan semoga terus melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi.