9 Ogos 2023, Georgetown, Pulau Pinang - Perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/2024 di RHB Bank Cawangan Paya Terubong telah dilaksanakan dengan jayanya ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan pada hari ini. Pegawai NUBE NR-PKP yang hadir telah diwakili oleh AJK Cawangan Sdra T.Eswaran serta AJK Kerja Sdra Cheng Al-Vin.
kain berlipat dalam istana
Pakaian puteri raja kayangan
Sepatah nasihat ilmu yang berguna
Secubit budi jadi kenangan
Selain perbincangan isu berkaitan etika dan disiplin di tempat kerja, Sdra T. Eswaran mengambil peluang ketika dalam mesyuarat untuk memberi kata-kata semangat kepada ahli- ahli agar terus proaktif, memotivasi diri, sentiasa bersemangat untuk belajar dan berkembang agar kita mampu kekal relevan di tempat kerja.
Para AJK Penyelaras (IRC) yang telah dilantik akan menggalas tanggungjawab dengan baik bagi memastikan keharmonian diantara ahli-ahli di Cawangan dan Pihak Pengurusan terpelihara.