NUBE SMJ telah mengadakan satu taklimat pada 09/08/2023 berkenaan AIA faedah perubatan keluarga bagi menerangkan faedah-faedah kepada ahli-ahli NUBE di Dewan Ruang Damai Seremban. Hadir dalam sesi penerangan tersebut adalah Bendahari NUBE SMJ Saudara Amirul, AJK Kesatuan Negeri Sembilan saudari Zaiharini bersama-sama dengan AJK yang lain iaitu Saudari Siti Hajar, Saudara Asyraf dan Saudara HadiHilman.
Seramai 55 orang ahli NUBE telah hadir mendengar taklimat dari Ms Dorothy iaitu agen AIA yang mengendalikan skim faedah perubatan keluarga ini. Di sepanjang taklimat yang diberikan selama satu jam ini beliau telah menerangkan bagaimana proses serta tatacara pengunaan perkhidmatan AIA ini.
Pelbagai soalan yang telah diutarakan oleh ahli-ahli NUBE semasa taklimat dijalankan. Segala persoalan dapat dijawab oleh Ms Dorothy dan ahli NUBE yang hadir berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Diharapkan taklimat ini akan berterusan untuk memberikan penerangan yang lebih jelas kepada ahli-ahli NUBE pada masa akan datang.