NUBE telah berjaya mendapatkan faedah perubatan keluarga yang lebih baik dari sebelum ini seperti yang termaktub dalam CA yang ke 19.
Disebabkan faedah ini masih lagi baru dikalangan ahli maka NUBE SMJ telah mengadakan 1 taklimat pada 11.08.2023 berkenaan AIA faedah perubatan keluarga bagi menerangkan faedah-faedah kepada ahli NUBE yang bertempat di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru. Taklimat yang diadakan ini adalah merupakan sesi taklimat yang terakhir bagi Cawangan SMJ selepas berlangsungnya di Seremban dan Melaka.
Hadir sama dalam sesi penerangan ini adalah Saudara Micheal Tan Eng Hong merangkap Presiden NUBE Malaysia dan juga Setiausaha Cawangan NUBE SMJ bersama-sama dengan Vice Chairman NUBE SMJ iaitu Saudari Evelyn Chan Siew Yen. Turut serta juga AJK yang lain antaranya Saudara Mohd Afid dan Saudara Sharifudin.
Taklimat dari Ms Dorothy iaitu agen AIA yang mengendalikan skim faedah perubatan keluarga ini dihadiri seramai 150 orang ahli NUBE. Disepanjang taklimat yang diberikan selama 2 jam ini beliau telah menerangkan bagaimana proses serta tatacara menggunakan perkhidmatan AIA ini.
Segala persoalan yang diajukan oleh ahli yang hadir telah dapat dijawab oleh Ms Dorothy sepanjang taklimat dijalankan.
Taklimat ini akan berterusan untuk memberikan penerangan kepada ahli-ahli NUBE yang perlu penjelasan pada masa akan datang.