Ucapan Pembukaan mengalu-alukan kehadiran semua jemputan telah disempurnakan oleh Presiden NUBE, Bro Michael Tan. Di antara ucapan beliau adalah, penyelesaian Perjanjian Kolektif sebenarnya merupakan permulaan ke arah baharu di mana NUBE mengutamakan perlindungan sosial untuk ahlinya dalam sektor kewangan. Pekerja-pekerja sektor kewangan merupakan kumpulan pekerja yang istimewa kerana tiada industri lain yang menekankan kejujuran, kecekapan dan integriti sebagai prinsip teras dalam tenaga kerja perbankan. Di sebalik cabaran, kepimpinan NUBE semasa akan terus melindungi kepentingan ahli-ahlinya.