Ucapan seterusnya adalah daripada jemputan kehormat dari India, Setiausaha Agung AIBEA, Presiden ARO-BIFU, Bro C.H. Venkatachalam. Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan dan gembira untuk turut serta di dalam perhimpuan pada pagi ini. Beliau telah menzahirkan kepentingan perpaduan dan kerjasama di kalangan semua ahli kesatuan. Perlindungan sosial yang lebih luas kepada golongan pekerja adalah suatu inisiatif yang amat penting. Beliau juga memberikan penghargaan kepada usaha Bro J Solomon dalam menerajui NUBE dan sentiasa berusaha ke arah perlindungan sosial pekerja khususnya di kalangan pekerja sektor kewangan dan semua golongan pekerja lain secara amnya. Akhir kata, beliau mengucapkan semoga persidangan ini berjalan dengan baik dan semoga NUBE terus berjaya.