Bro J Solomon, Setiausaha Agung NUBE meneruskan program dengan memberikan ucapan yang cukup memberangsangkan. Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua yang hadir.
Bro J Solomon juga menyatakan kegembiraannya apabila, Ketua Pengarah ILO semasa turut menekankan perlindungan sosial secara global kepada semua golongan pekerja sedunia. Ini adalah selari dengan usaha dan perjuangan NUBE. Bro J Solomon menyarankan bahawa, semua pekerja dan kesatuan sekerja perlu memainkan peranan dan mempunyai sinergi yang kuat untuk menjayakan usaha tersebut. Kesatuan sekerja adalah sebuah organisasi yang kuat dan perlu bersatu dan ketepikan semua ketidaksamaan untuk terus kuat. Ini sekaligus akan dapatkan penghormatan dan pengiktirafan. Akhir kata, Bro J Solomon mengingatkan kepada semua peserta khususnya kepada gerakan kesatuan sekerja untuk lebih profesional dan mampu mengubah gerakan kesatuan sekerja yang lebih mampan dan relevan di seluruh negara.