MAJLIS MAKAN MALAM BERTEMAKAN “HERITAGE NIGHT” PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA BANK (NUBE) KE 25 DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN YANG BERHORMAT TUAN V SIVAKUMAR, MENTERI SUMBER MANUSIA*
Majlis Makan Malam bertemakan “Malam Warisan” Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank (NUBE) ke 25 dimulakan dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden NUBE, Bro Abdul Jamil Jalaludeen. Ianya terus dimeriahkan dengan persembahan tarian pelbagai kebudayaan oleh KJ Dancers.
Seterusnya, Presiden NUBE, Bro Tan Eng Hong telah memberikan ucapan alu-aluan kepada semua yang hadir pada malam ini. Beliau mengucapkan penghargaan kepada YB Menteri Sumber Manusia yang sudi hadir disebalik kesibukan jadualnya yang padat.
Ucapan seterusnya pula telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif MCBA, Encik Chua Kim Lin. Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan ini dan mengucapkan tahniah kepada NUBE kerana berjaya menjalankan persidangan ini dengan jayanya.