Majlis diteruskan dengan ucapan seterusnya dari Sis Christine Nathan, Penasihat Buruh Antarabangsa NUBE/Mantan Pakar Kanan Perburuhan ILO.
Sis Christine memulakan ucapan dengan menyampaikan penghargaan untuk turut bersama pada makan malam ini. Sis Christine amat gembira apabila melihat pemimpin kesatuan berkumpul pada hari ini untuk membincangkan dan berusaha demi perlindungan sosial kepada pekerja.
Pada tahun ini juga, ILO telah mula memfokuskan usaha dan aktiviti berkaitan dengan perlindungan sosial. Ini adalah satu usaha untuk memastikan ianya memberikan manfaat dan perlindungan yang sewajarnya kepada pekerja.
Kesatuan sekerja wajib memastikan perlindungan sosial kepada semua pekerja menjadi agenda utama dalam perjuangan memartabatkan pekerja sekarang ini.
Tahniah kepada pimpinan NUBE di bawah Bro J Solomon kerana mengemudi NUBE sebagai satu kesatuan sekerja yang kuat. Semoga usaha ini berterusan demi kemajuan NUBE.