MAJLIS MAKAN MALAM BERTEMAKAN “HERITAGE NIGHT” PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA BANK (NUBE) KE 25 DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN YANG BERHORMAT TUAN V SIVAKUMAR, MENTERI SUMBER MANUSIA
Saat yang dinantikan untuk mendengar ucapan daripada YB Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V Sivakumar telahpun tiba. YB Menteri dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada NUBE kerana berjaya menjalankan persidangan kali ke 25 dengan jayanya. YB Menteri berkata bahawa, pemilihan tema berkenaan Perlindungan Sosial kepada pekerja adalah bertepatan kerana pada hari ini, ianya merupakan satu elemen yang penting yang perlu diberikan keutamaan bagi mengurangkan pelbagai risiko ekonomi terhadap masyarakat.
Keadaan ini telah menyebabkan Kerajaan di seluruh dunia perlu mengambil tindakan untuk memperkukuhkan dasar perlindungan sosial di negara masing-masing. Ini bagi membolehkan bantuan dan sokongan disalurkan kepada golongan yang teruk terjejas.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kos sara hidup yang semakin menekan, kadar pengganguran belia yang tinngi dan risiko hilang pendapatan atau pekerjaan yang semakin meningkat menyebabkan peranan perlindungan sosial kepada masyarakat menjadi sangat penting. Langlah perlu diambil untuk memperkukuh sistem perlindungan sosial di negara ini supaya ia mampu bertahan pada masa hadapan dan berupaya membantu individu untuk mendapat perlindungan yang lebih baik bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Peranan PERKESO sebagai salah satu agensi yang memainkan penting dalam memberikan perlindungan sosial kepada pekerja. Bagi pekerja yang bermajikan, caruman yang wajib dibuat adalah bagi Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan dan Sistem Insurans Pekerjaan.
Namun begitu, isu perlindungan sosial kini tidak tertumpu kepada pekerja sahaja malah liputannya telah diperluaskan.
PERKESO telah meluahkan liputan perlindungan sosial merangkumi mereka yang bekerja sendiri dan termasuklah suri rumah. Di samping itu, PERKESO juga telah memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), di mana skim ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Selain itu, PERKESO turut memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 di mana skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
YB Menteri juga mengingatkan kepada semua ahli kesatuan sekerja tentang peranan dan tanggunghawab untuk memperjuangkan isu ini bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja sentiasa terbela. Sebagai wakil kepada pekerja, kesatuan lebih memahami isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja. Oeh itu, sewajarnya isu sebegini diketengahkan oleh kesatuan bagi membolehkan solusi yang etrbaik dikenalpasti dan dilaksanakan.
Menurut YB Menteri lagi, kesatuan sekerja pada hari ini sewajarnya bukan sahaja bertindak sebagai pembela bnasib pekerja malah perlu berperanan sebagai rakan strategik kepada majikan dan Kerajaan bagi membolehkan isu-isu perburuhan negara dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik. Sebagai Kementerian yang mendokon prinsip tripartisme, Kementerian sentiasa menaglu-alukan cadangan dan pandangan daripada kesatuan bagi menambaik sistem perburuhan negara
YB Menteri juga berharap, NUBE sebagai sebuah kesatuan yang mempunyai keanggotaan yang besar iaitu sekitar 14,000 orang ahli dan telahpun wujud sejak tahun 1960, akan terus teguh berdiri menjadi kesatuan yang hebat dalam memperjuangkan nasib pekerja-pekerja di seltor perbankan dalam negara.
Semoga barisan kepimpinan baru yang terpilih dalam Persidangan Perwakilan pada kali ini akan terus bersemangat untuk berkhidmat kepada ahli-ahli dan berusaha keras untuk memastikan pekerja di sektor perbankan mendapat pembelaan yag sewajarnya.
YB Menteri menyeru kepada seluruh kepimpinan kesatuan termasuk ahli-ahli NUBE supaya sentiasa bersatu hati, elakkan pertelagahan sesama sendiri kerana perpecahan dan pertikaian akan melemahkan perjuangan kesatuan. YB Menteri seterusnya merasmikan majlis makan NUBE dengan penuh gemilang.
Majlis makan malam diteruskan dengan hidangan makanan dan diselangi dengan persembahan oleh KJ Dancers yang cukup meriah.