Terlihat burung di tepi sawah
Jika hidup tidak berilmu
Umpama pohon tidak berbuah
23 Ogos 2023, Klang – NUBE KLSP telah berkunjung ke Bank Islam cawangan Bandar Botanic, Klang bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Zon iaitu Sdr. Muhamad Shaimi Bin Abdul Wahab.
Dua wakil dari NUBE KLSP iaitu Sdr Mohd Rahmat selaku Bendahari Kehormat NUBE KLSP dan Sdr Yushamizan Bin Yusoff sebagai AJK NUBE KLSP dan Jawatankuasa Kerja, Sdri Lina Masturina turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut.
Perlantikan IRC telah dijalankan dan NUBE KLSP mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik. Mereka telah diberi penerangan sewajarnya tentang peranan dan kepentingan IRC di sesebuah cawangan.
Selain itu, mereka turut diberikan penerangan berkenaan tentang Skim Insuran Berkelompok Keluarga NUBE/AIA sepertimana yang telah termasuk di dalam Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE yang terkini.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan berkenaan kepentingan ahli-ahli NUBE untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran NUBE khususnya kursus asas bagi memastikan ahli-ahli NUBE di cawangan masing-masing faham tentang peranan dan tanggungjawab mereka serta boleh mempertahankan hak mereka di tempat kerja.
Semua IRC yang telah dilantik akan cuba menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada mereka sebaik mungkin bagi memastikan keharmonian perhubungan di antara majikan dan ahli-ahli NUBE sentiasa terpelihara.