Pennsylvania Convention Center, Rabu,23 Ogos 2023.
Persidangan Kewangan Kongres Dunia Ke Enam yang dianjurkan oleh pihak UNI GLOBAL UNION bertempat di Philadelphia Amerika Syarikat.
Philadelphia dipilih sebagai lokasi persidangan disebabkan sejarah pergerakan buruh dan penubuhan kesatuan sekerja di Amerika Syarikat bermula di sini.
Tema Persidangan kali ini STRONG FINANCE UNIONS, RISING TOGETHER yang dihadiri dua ribu peserta dari enam puluh empat negara dari seluruh dunia.
NUBE Malaysia turut dijemput oleh pihak UNI GLOBAL UNION yang mana telah menghantar empat wakil yang di ketuai oleh Presiden NUBE Malaysia, Sdra. Micheal Tan Eng Hong bersama-sama Naib Pengerusi NUBE Malaysia, Sdra. Mohd Faisal Bin Husin bagi persidangan UNI GLOBAL UNION CONFERENCES manakala Ahli Jawatankuasa Sayap Wanita NUBE iaitu Sdri. Siti Haryati Bt Kamal dan Sdri. Ida Ediawaty Bt Zakaria yang akan menyertai persidangan UNI WOMEN & UNI CONGRESS.
Persidangan yang akan berlangsung selama 7 hari ini akan membincangkan hala tuju UNI EUROPA FINANCE, UNI GLOBAL FINANCE, WOMEN'S CONFERENCE dan WORLD CONGRESS.
Persidangan Kewangan Eropah bermula pada 23 Ogos 2023 manakala Uni Finance Global Conference berlangsung pada 24 Ogos 2023. Manakala Persidangan Wanita akan berlangsung pada 25 dan 26 August 2023. Perbincangan kali ini membincangkan ancaman-ancaman terkini yang dihadapi oleh sektor perbankan di seluruh dunia. Antara Isu yang dibincangkan adalah pendigitalan untuk memberi manfaat kepada ahli, kawalan pekerja ke atas kecerdasan buatan(artificial intelligence), perjanjian bersama, kadar kenaikan gaji dan tahap gaji minima.
Presiden, Sdra. Michael Tan Eng Hong turut berucap mengenai NUBE dan kejayaan Perjanjian Kolektif yang dikecapi baru-baru ini untuk ahlinya dengan prestasi rekod yang sangat cemerlang.
Solidarity Selamanya!