Patah Jarum Dalam Peti,
buat menjahit kain bertimbun,
Nasihat sepatah kurang Mengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.
Rentetan dari pantun diatas 24 Ogos 2023, Juru, Pulau Pinang - Pegawai NUBE NR PKP Sdr Mohamad Rizal Othman bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan Sdr Faizal Idris dan Sdr Mohd Shukri A.Hamid telah membuat lawatan Khas ke Standard Charted Bank Juru Autocity susulan aduan berkenaan 'Migration Operation'.
Dalam perjumpaan tersebut pihak Kesatuan memberi nasihat bertapa pentingnya ahli-ahli untuk menjaga dan mengekalkan fungsi kerja didalam pejabat supaya sentiasa kekal relevan di dalam industri perbankan. Teguran juga diberikan kepada segelintir ahli-ahli NUBE yang enggan menerima perubahan, tidak mahu menerima 'upskilling', 'reskilling' dan 'empowerment' dan tidak mahu hadir sesi latihan.
Ahli-Ahli telah menyambut baik dan sangat gembira dengan kehadiran Pegawai-Pegawai Kesatuan NUBE NR-PKP.