Ketuk Paku Dengan Penukul
Kalau Terpijak Takut Berbisa
Andai berat sama dipikul
Andai Senang Sama Di rasa
NUBE House, Georgetown 25 Ogos 2023 - 'Sekiranya anda ingin pergi cepat, pergi sendiri. Sekiranya anda ingin pergi jauh, bersama- sama'. Justeru, ahli - ahli diingatkan bahawa pasukan yang berusaha ke arah kerjasama yang produktif mengalami hasil yang lebih kaya dan ikatan yang lebih kuat.
Setiap ahli juga perlu tahu bahawa disebalik solidariti jitu yang diberikan akan membawa kepada sebuah kejayaan yang amat bermakna. Contohnya Perjanjian Kolektif (CA) MCBA/NUBE yang telah termeterai dengan jayanya pada 12 April 2023.
Dalam membentuk pasukan yang lebih baik, setiap ahli perlu melibatkan diri secara langsung dalam semua hal dan aktiviti samada anjuran pihak Pengurusan dan Kesatuan.
Begitulah antara titipan nasihat oleh Timbalan Presiden Nube iaitu Sdra Abdul Jamil Hj Jalaludeen dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) CIMB Bank Cawangan Prima Tanjung. Mesyuarat ini telah diadakan di NUBE House bagi bertujuan untuk melantik (AJK Penyelaras IRC) bagi sesi 2023/24.Turut hadir bersama Naib Presiden Nube NR PKP Sdra Zainul, AJK Cawangan Sdri Sonia dan AJK Kerja Sdra Alvin Cheng.
One For All & All For One