Ahli-ahli NUBE di CIMB Bank Cawangan Sri Rambai, MBB Cawangan Desa Damai dan UOB Cawangan Bukit Mertajam telah menerima kunjungan daripada Pegawai-pegawai NUBE NR-PKP yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Sdr Abdul Ghani Bin Abu Bakar, Sdr Mohamad Rizal Bin Othman serta Jawatankuasa Kerja Sdr Mohamad Faizal Bin Idris. Ia bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sempena sambutan Hari Kebangsaan daripada Ahli-ahli Jawatankuasa NUBE PKP (Penang/Kedah/Perlis).
Kesemua ahli-ahli diingatkan untuk menjaga keharmonian dan kepentingan tugas didalam pejabat mengikut skop seperti termaktub didalam "Job Description" masing-masing.
Ahli-ahli juga telah dinasihati untuk mengemaskini pautan "Google Form" AIA yang telah diberi oleh NUBE untuk memudahkan urusan kemudahan perubatan serta tuntutan tanggungan keluarga ahli NUBE.
Terima kasih ahli-ahli NUBE di sekitar Bukit Mertajam, anda memang terbaik.
Teruskan memberi sokongan moral dan solidariti kepada NUBE.