Dato' Keramat, Pulau Pinang 6 September 2023 - 2 (dua) Pegawai NUBE- NR PKP iaitu AJK Cawangan Sdra T.Eswaran dan AJK Kerja Sdra Cheng Al-Vin telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Public Bank Cawangan Dato Keramat, Pulau Pinang bagi membuat perlantikan AJK Penyelaras IRC sesi 2023/2024.
Pelbagai isu telahpun dibincangkan menerusi mesyuarat hari ini berkaitan permasalahan ditempat kerja, semangat Solidariti yang perlu diterapkan di kalangan ahli-ahli dan telah diberikan kemas kini mengenai informasi terkini NUBE.
Ahli-ahli juga berasa sangat berpuas hati dan bersyukur kerana Kepimpinan NUBE sentiasa komited memelihara kebajikan dan memperjuangkan hak-hak Ahli Kesatuan.
Bunga Selasih Dirumah Dewan
Rumah Dibuka Dengan Perlahan
Terima Kasih NUBE Kebanggaan
Komited Berjuang Demi Masa Hadapan
Tahniah di atas perlantikan AJK Penyelaras (IRCs) yang baru dan diharap mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan sokongan solidariti wajib diteruskan demi NUBE tercinta ini.