Pada 4 hingga 7 September 2023, NUBE Perak telah menganjurkan taklimat AIA/NUBE Skim Insurans Perubatan dan Hospitalisasi Keluarga 2023 untuk memberi pencerahan kepada ahli-ahli NUBE kita dari Teluk Intan(4/9/2023) , Sitiawan (5/9/2023), Taiping (6/9/2023) dan Ipoh (7/9/2023). Taklimat ini telah mencapai kejayaan, berkat penjelasan yang komprehensif dan panduan yang diberikan oleh ejen AIA, Puan Dorothy.
Matlamat perjumpaan ini juga adalah untuk membina ikatan yang lebih kukuh antara kepimpinan NUBE Perak yang baru dengan ahli-ahli. Interaksi bersemuka akan membantu memperkukuhkan kepercayaan dan keakraban. Taklimat ini juga mewujudkan peluang untuk menyatukan ahli-ahli NUBE di Perak di bawah satu matlamat. Dengan ini, NUBE boleh lebih efektif membela perubahan positif.
Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan banyak manfaat dan perincian Skim Insurans Korporat AIA kepada ahli-ahli kita. Ia merupakan peluang yang sangat berharga bagi ahli-ahli kita untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang skim baru ini dan mekanisme yang terlibat.
Ejen AIA yang berpengalaman luas, Puan Dorothy, telah mengambil peranan utama dengan menyampaikan penerangan yang informatif dengan jelas dan terperinci. Beliau membincangkan pelbagai aspek skim insurans ini, termasuk manfaatnya dan proses pendaftaran applikasinya.
Salah satu sorotan taklimat ini adalah sesi Soal Jawab interaktif. Ahli-ahli kita juga mengambil peluang ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai aspek skim ini. Sesi ini memberikan platform kepada ahli-ahli untuk menyelesaikan keraguan mereka secara langsung, memastikan bahawa setiap orang mendapat pemahaman yang jelas dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada mereka dan keluarga mereka. Ahli-ahli kita sangat berpuas hati dengan penyampaian and penjelasan yang diterima daripada sesi taklimat ini.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NUBE atas CA ke-19 yang menyediakan ahli-ahli kita dengan manfaat perubatan keluarga yang lebih baik.