Bayan Lepas, Penang 15 September 2023 - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Maybank Queensbay pada hari ini bagi perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/2024 telah dihadiri oleh AJK Cawangan NUBE NR PKP, Sdri Sonia dan Sdri Marjaan bersama AJK Kerja iaitu Sdri Mazira.
Berikut merupakan beberapa isu utama yang dibincangkan ketika dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi mendapatkan solusi iaitu :-
1) NUBE-AIA
- Ahli- ahli dinasihatkan segera mengemaskini maklumat terkini diri dan keluarga.
- Segera menghubungi ketua Zon masing- masing bagi sebarang pertanyaan.
2. BERSEDIA MENERIMA PEMBAHARUAN
- Setiap Ahli Nube perlu bersedia berubah menerima pembaharuan bagi memenuhi keperluan semasa, asalkan pembaharuan tersebut masih berada dalam skop jawatan masing - masing.
Burung merpati di dalam sangkar
Baru sepurnama dapat dijerat
Kalau kita bersedia belajar
Ilmu berguna banyak didapat
3. SOLIDARITI
Kalau ke bukit sama mendaki
Kalau ke laut sama berenang
Kalau kita bersatu hati
Kerja yang berat menjadi senang
- Semangat solidariti bukan sahaja perlu ditonjolkan menerusi sokongan kepada perjuangan NUBE semata,malah semangat ini perlu wujud dari akar umbi. Bermula diperingkat ahli yang saling bekerjasama ketika bekerja, memberi tunjuk ajar kepada pekerja yang lebih muda dan tidak berkira serta ringan tulang untuk saling membantu rakan sekerja.
Disamping itu, Pegawai Nube NR PKP juga mengambil peluang pada hari ini untuk menziarahi ahli - ahli Nube di CIMB Bank Queensbay.
Syabas dan tahniah diatas perlantikan, semoga ahli - ahli NUBE di Maybank Queensbay akan terus berusaha memelihara ukhwah yang terbina dan menjadi Ahli NUBE yang berkualiti.