Pasang api membakar besi,
Untuk dipalu dibuat parang;
Ilmu itu hendaklah dikongsi,
Baharulah berkat ilmu berkembang.
21 September 2023, Subang
NUBE KLSP telah berkunjung ke Public Bank Kg Baru Subang bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Zon iaitu Sdr. Yeow Kai Xien dan Sdr. Mohd Fauzie bin Mohd Yusof AJK NUBE KLSP.
Tujuan mesyuarat adalah untuk perlantikan IRC dan NUBE KLSP mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang dilantik.
Taklimat yang sewajarnya tentang peranan dan kepentingan IRC di sesebuah cawangan terhadap ahli dan NUBE.
Selain itu, mereka turut diberikan penerangan berkenaan tentang faedah Insuran Perubatan bagi Keluarga di bawah Artikel 24(4) Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE yang ke-19 yang telah ditambah baik iaitu Skim Insuran Berkelompok Keluarga NUBE/AIA.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan berkenaan kepentingan ahli-ahli NUBE untuk melaporkan setiap isu terkini dan masalah yang dihadapi kepada NUBE supaya ahli dapat belajar tindakan yang perlu di ambil oleh ahli, IRC dan NUBE dengan sewajarnya.
NUBE bukannya untuk membantu ahli apabila ada masalah sahaja; sebaliknya NUBE adalah teman sejati kita yang membimbing dan membina kita menjadi seorang ahli NUBE, pekerja Bank dan rakyat yang bertanggungjawap dan berhemah.