Bunga delima madu sialang
Pinggiran telaga berair tohor;
Daerah kelima ialah Klang,
Bandar Diraja sudah tersohor.
NUBE KLSP telah berkunjung ke Standard Chartered Bank Cawangan Klang bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Zon iaitu Sdr. Muhamad Shaimi dengan dibantu oleh Sdr Yushamizan Bin Yusoff, AJK NUBE KLSP dan AJK Gerak Kerja, Sdr Fareed Abu Hassan.
NUBE KLSP mengucapkan tahniah ke atas perlantikan IRC bagi kali ini dan berharap hubungan yang erat antara ahli dan pihak kesatuan NUBE dapat dikekalkan.
Didalam mesyuarat tersebut ahli diberikan penerangan berkenaan perubahan semasa di dalam industri pekerjaan dan ahli perlu peka dan cakna dengan perubahan yang berlaku.
Arus permodenan dan teknologi bukanlah satu alasan untuk ketepikan mana-mana kelas pekerjaan, sebalik nya Organisasi perlu menggalakkan aktiviti inovasi dijalankan dan melahirkan pekerja yang sentiasa kreatif dan inovatif kerana kemajuan pekerja di dalam pekerjaan adalah asas utama kecemerlangan sebuah organisasi.
Ahli juga turut diberikan penerangan berkaitan beberapa perkara di dalam Perjanjian Kolektif. Yang mana ahli menyifatkan penyelesaian Perjanjian Kolektif kali ini adalah yang terbaik dan merupakan salah satu kebanggaan untuk semua ahli NUBE.
NUBE KLSP mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli di Standard Chartered Bank Cawangan Klang di atas layanan ramah dan mesra dalam kunjungan NUBE KLSP kali ini.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah pekerja bangunkan negara.