Salah satu nilai teras Affin Bank adalah Integriti Merupakan Asas Kami - Bertanggungjawab Melindungi Keluarga, Organisasi dan Apa Yang Dicintai.
Berdasarkan nilai itu, ahli-ahli NUBE di Affin Bank cawangan Bandar Baru Ampang telah menjemput Ketua Zon, Sdr Yushamizan Bin Yusoff dengan dibantu oleh AJK NUBE KLSP, Sdr Saifulizan Bin Hajidan bagi mengendalikan mesyuarat di cawangan itu.
Ahli-ahli telah dinasihatkan supaya mengambil peranan dan tanggungjawab yang lebih serius untuk melindungi diri sendiri dan kesatuan NUBE dari ancaman tindakan anti kesatuan yang cuba dilakukan oleh mana-mana pihak.
Mesyuarat tersebut juga memberikan ruang kepada mereka untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan isu-isu terkini dalam industri serta pemahamani peruntukkan Perjanjian Kolektif baru termasuk skim insuran berkelompok Perubatan, Pembedahan dan Pesakit Luar.
NUBE KLSP mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli dan kakitangan di Affin Bank cawangan Bandar Baru Ampang yang telah meluangkan masa untuk bersama NUBE dan layanan mesra yang diberi kepada NUBE.