Dua wakil NUBE KLSP, Sdr Mohd Rahmat dan Sdr Yushamizan Yusoff telah menghadiri Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja PKNS (KPPPKNS).
Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan JHEKS Selangor & WP iaitu Puan Rohaiza Binti Che Ha'a.
Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan dan beberapa pengetahuan baru untuk membimbing pegawai kesatuan dalam menjalankan pentadbiran & kewangan kesatuan berpandukan akta undang-undang dan perlembagaan sesebuah kesatuan itu sendiri.
Kursus yang bermula sejak jam 8.00 pagi itu berakhir pada jam 4.30 petang.
"Tinggi menegak si pohon jati,
Tempat burung hinggap berteduh,
Ilmu itu pelita hati,
Kelak hidup akan tersuluh".
Kursus yang menjadi ilmu tambahan kepada sistem pentadbiran KLSP yang sedia ada.