Kotasas, Kuantan
NUBE KLSP amat berbesar hati kerana dapat berjumpa ahli-ahli NUBE di Affin Bank cawangan AFC dan Bank di Kotasas, Kuantan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi NUBE KLSP, Sdr Mohd Faisal Bin Husin dan dibantu oleh AJK NUBE KLSP, Sdr Yushamizan Bin Yusoff.
Antara intipati perbincangan adalah adakah patut majikan menyekat tuntutan kerja lebih masa setelah ahli NUBE menjalankan tugas, dengan alasan tuntutan itu terhad kepada beberapa jam sahaja. Seterusnya, isu pemusatan AFC dan pemindahan tidak munasabah atas perlaksanaan tersebut, turut dibincang.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan berkenaan tindakan anti kesatuan dan rampasan tugasan ahli-ahli NUBE oleh pegawai dan eksekutif yang sedang rancak.
Tindakan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pengurusan bawahan ini benar-benar telah mencemarkan nilai-nilai Bank serta nilai Integriti - Bank.
NUBE KLSP mengucapkan tahniah di atas perlantikan tiga orang Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dan berharap mereka dapat membangunkan diri mempelajari hak-hak mereka untuk menjadi lebih berdikari serta menjalankan peranan mereka dengan baik.
Pengetahuan hak kita penting supaya kita tidak stress di tempat kerja apabila pelbagai kengkangan dilaksanakan oleh pihak Pengurusan tempatan yang hanya mengejar KPI mereka dan jaminan periuk nasi mereka.
"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana hidup tanpa kejujuran adalah kehidupan yang munafik"
#NUBEdihatiku
#NUBEkeluargaku
#NUBEKebanggaanku