Ziarah ke Kuantan AJK NUBE KLSP diteruskan. Sebelum meneruskan lawatan, Naib Pengerusi NUBE KLSP iaitu Sdr Mohd Faisal bersama-sama Sdr Yushamizan serta two AJK Kerja Kuantan iaitu Sdri Tiffany dan Sdr Sujairi Bin Awang menyediakan beberapa laporan dan dokumen termasuk menyediakan Borang Aduan Rasmi untuk difailkan oleh ahli-ahli di sebuah bank di Kuantan.
Pasukan ini kemudiannya melawat ke cawangan Affin Bank Kota SAS dan disambut dengan ramah oleh ahli-ahli dan pengurus cawangan iaitu Encik Syazni.
Lawatan diteruskan dengan menyantuni ahli-ahli NUBE di Affin Bank cawangan Putra Square Kuantan. Lawatan tersebut disusuli dengan sesi mesyuarat bersama ahli-ahli di cawangan itu.
Mereka dinasihatkan supaya mengaktifkan semangat ‘One for All, All for One’ dalam diri mereka sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk penindasan dan ancaman terhadap pekerjaan mereka. Mereka turut dinasihatkan supaya mengambil peranan dan tanggungjawab yang lebih serius untuk melindungi kesatuan NUBE dari ancaman tindakan anti kesatuan yang cuba dilakukan oleh mana-mana pihak.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan berkenaan tindakan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pengurusan bawahan yang mengamalkan anti kesatuan di dalam pengurusan seharian serta merampas tugasan ahli-ahli NUBE untuk diberikan kepada pegawai dan eksekutif yang benar-benar telah mencemarkan nilai-nilai teras Bank khususnya nilai Integriti - Merupakan Asas Kami.
#NUBEdihatiku
#NUBEkeluargaku
#nubekebanggaanku