7 September 2023 - Sdr Karthigasan Nadarajan bersama Sdr Mohamad Rizal Othman yang juga Ahli Jawatankuasa Cawangan disertai oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Faizal Idris telah membuat lawatan ke beberapa cawangan di Kulim, Kedah iaitu Affin Bank Kulim, Bank Islam Kulim, Bank Muamalat Kulim serta MBSB Bank Kulim.
Dalam lawatan berikut Pegawai-pegawai NUBE NR PKP telah membincangkan perkara-perkara seperti berikut :-
1) NUBE-AIA
- Ahli- ahli dinasihatkan segera mengemaskini maklumat terkini diri dan keluarga.
- Segera menghubungi ketua Zon masing- masing bagi sebarang pertanyaan.
2. BERSEDIA MENERIMA PEMBAHARUAN
- Setiap Ahli Nube perlu bersedia berubah menerima pembaharuan bagi memenuhi keperluan semasa, asalkan pembaharuan tersebut masih berada dalam skop jawatan masing - masing.
3. SOLIDARITI
Anak ketam jalan mengiring,
Jalan mengiring berpasang-pasang;
Ingin teman sama seiring,
Sama seiring bersusah senang.
- Semangat solidariti bukan sahaja perlu ditonjolkan menerusi sokongan kepada perjuangan NUBE semata,malah semangat ini perlu wujud dari akar umbi. Bermula diperingkat ahli yang saling bekerjasama ketika bekerja, memberi tunjuk ajar kepada pekerja yang lebih muda dan tidak berkira serta ringan tulang untuk saling membantu rakan sekerja.
Diharap semoga ahli - ahli NUBE di sekitar Kawasan Kulim, Kedah akan terus berusaha memelihara ukhwah yang terbina dan menjadi Ahli NUBE yang berkualiti.