Perjumpaan NUBE KLSP bersama ahli-ahli NUBE di Public Bank Batang Kali.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Rahmat selaku Ketua Zon H dan dibantu oleh AJK NUBE KLSP, Sdr Mohd Fauzie.
Mesyuarat kali ini memperlihatkan perlantikan IRC, penerangan mengenai manfaat insuran AIA / NUBE serta cara-cara penggunaan insuran AIA ini dan juga isu-isu semasa dalam industri perbankan supaya ahli-ahli NUBE lebih peka dalam menghadapi cabaran yang akan datang.
NUBE KLSP mengucapkan tahniah dan syabas kepada IRC yang baru dilantik. Semoga IRC yang baru yang menjalankan amanah dan tanggungjawab demi keharmonian dan kebajikan ahli di tempat kerja.
Diakhir mesyuarat saudara Mohd Rahmat menasihati semua ahli-ahli NUBE supaya lebih peka dengan perubahan kerja serta mengikut garisan panduan kerja yang telah ditetapkan.
#NUBEdihatiku
#NUBEkeluargaku
#nubekebanggaanku