Jitra Kedah 27/09/2023 - Mesyuarat Tahunan CIMB cawangan Jitra telah berlangsung dengan baik dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP Sdr Zaini Halidan petang ini. Turut sama memenuhi jemputan adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Abdul Manan, Sdr Syukri & Sdr Mohd Fariq.
Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam ini telah dimanfaatkan sebaik yang mungkin oleh kesemua ahli di cawangan tersebut dengan membincangkan serta membicarakan isu semasa yang berlaku di tempat kerja.
Seisi penerangan dari Sdr Zaini Halidan kepada ahli amat jelas dan mereka faham dan percaya akan segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak kesatuan demi kebaikan semua pihak.
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras yang baru bagi tempoh 2023-2024 juga telah diadakan. Tahniah dan selamat berkhidmat demi menjaga kebajikan dan keharmonian semua pekerja di cawangan tersebut.
Sebelum itu, Sdr Zaini Halidan dan ahli jawatankuasa kerja yang lain juga telah membuat beberapa lawatan kerja berjumpa ahli-ahli di beberapa bank disekitar kawasan Jitra.