Sudah Banyak Gunung Didaki,
Gunung Baling Pengarang Jantung,
Jauh Jarak Tetap Kami Jejaki,
Ukhwah Bersama Harus Digendong.
10 Oktober 2023 - Pegawai Nube NR PKP Sdri Siti Haryati selaku AJK Cawangan bersama dua orang AJK Kerja iaitu Sdri Nurul Huda dan Sdri Suhaili telah mengunjungi Bank Islam dan Maybank Cawangan Baling dalam satu lawatan kerja pada hari ini.
Dalam pertemuan ini ahli- ahli diingatkan agar menggunakan saluran yang betul iaitu berhubung terus dengan Ketua Zon bagi mendapatkan sebarang informasi atau khidmat nasihat bagi sebarang permasalahan ditempat kerja. Selain itu, mereka turut diberikan penerangan lebih lanjut berkaitan faedah Skim Insuran Berkelompok Keluarga NUBE /AIA.
Semoga ahli - ahli terus bersatu menyokong perjuangan NUBE dan sama menjaga ukhwah yang terjalin.
Salam Solidariti.