12 Oktober 2023, Sg Petani - Timbalan Presiden NUBE Malaysia merangkap Pengerusi NUBE NR PKP iaitu Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bank Islam Sungai Petani pada hari ini. Tujuan mesyuarat adalah bagi melantik AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/2024. Turut hadir, AJK Cawangan Sdri Siti Haryati bersama AJK Kerja Sdri Nurul Huda, Sdri Suhaili dan Sdri Yuslina.
Kini sudah 65 tahun , NUBE Malaysia terus komited dalam menaiktaraf kehidupan ahli Kesatuan. Saban penggal, Perjanjian Kolektif mengalami penambahbaikan ke arah yang sangat positif. Lantas, sebagai ahli Kesatuan apakah tindakan yang telah kita lakukan sebagai sokongan kepada Perjuangan NUBE? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.
Sdra Abdul Jamil meluahkan rasa kebimbangan mengenai ancaman- ancaman yang bakal memecahbelahkan Kesatuan sekiranya ahli- ahli tidak mengambiltahu akan perkembangan semasa Kesatuan.
Selain solidariti yang jitu perlu dipelihara,ahli - ahli juga diminta agar melibatkan diri dalam setiap aktiviti anjuran Kesatuan. Hal ini akan membantu ahli Kesatuan untuk menjadi ahli yang lebih berilmu, produktif serta memperoleh informasi yang tepat dari saluran yang betul.
Berikut adalah senarai nama AJK Penyelaras (IRC) yang telah dilantik :-
*Pengerusi : Sdra Mohd Elias Bin Ahmad*
*Setiausaha : Sdri Norbadiah Binti Mat Adnan*
*Bendahari : Sdra Khairil Amni Bin Che Rus*
*Ahl Jawatankuasa : Sdri Nor Shahrila Binti Aladdin*
Syabas dan tahniah diatas perlantikan AJK Penyelaras (IRC) yang baru di Cawangan. Laksanakan tanggungjawab dengan baik dan amanah.