Alor Setar 12/10/2023 - Mesyuarat Tahunan RHB Bank Bhd cawangan Mergong telah berlangsung dengan baik dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP Sdr Zaini Halidan petang ini. Turut sama memenuhi jemputan adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Abdul Manan bersama-sama IRC dari UOB dan BMMB Sdr Fisol & Sdr Shukri.
Mesyuarat Agung ini juga telah dimanfaatkan sebaik yang mungkin oleh kesemua ahli di cawangan tersebut dengan membincangkan serta membicarakan isu semasa yang berlaku di tempat kerja. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras yang baru bagi tempoh 2023-2024 juga telah diadakan.
Seisi penerangan dari Sdr Zaini Halidan kepada ahli amat jelas dan mereka faham dan percaya akan segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak kesatuan demi kebaikan semua pihak.
Sebelum itu, Sdr Zaini Halidan dan Sdr Abdul Manan telah membuat beberapa lawatan kerja berjumpa ahli-ahli di beberapa bank disekitar kawasan Pokok Sena.