Sesi kaunseling yang menyediakan ruang yang selesa dan selamat bagi seseorang individu untuk meluahkan perasaan, mendapatkan bimbingan serta sokongan emosi. Ia merupakan persekitaran yang tidak menghakimi bagi mereka dalam berkongsi keresahan, meringankan bebanan serta menggalakkan pembentukan jati diri.
Selain itu, kaunseling ini juga akan memupuk hubungan yang lebih sihat dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan penyelesaian konflik, ia juga boleh mengukuhkan hubungan bersama orang yang terpenting.
Pada dasarnya, kaunseling menyokong kesihatan mental, pertumbuhan keperibadian, dan ketahanan daya tahan diri, memperkasakan individu untuk mengharungi cabaran hidup dan memupuk kesejahteraan emosi.
Bagi mereka yang ingin menjalani kehidupan yang lebih baik, kami menjemput anda untuk sertai dan mengambil peluang ini untuk sesi percuma bersama Kaunselor Pelatih dalaman NUBE - Cik Vanyza Sarveswaran.