Kuantan - NUBE KLSP telah turut bersama untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Public Bank, Kuantan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi NUBE KLSP iaitu Sdr Mohd Faisal Bin Husin dan dibantu oleh AJK NUBE KLSP iaitu Sdr Yushamizan Bin Yusoff. Mereka turut ditemani oleh dua orang AJK Kerja iaitu Sdr Sujairi Bin Awang dan Sdri Giam Chui Yi.
Perbincangan adalah tentang Skim Insuran Berkelompok NUBE/AIA bagi memberikan pemahaman yang jelas supaya ahli-ahli lebih faham berkenaan faedah yang terkandung untuk dimanfaatkan oleh ahli keluarga mereka.
Antara isu-isu lain yang dibincangkan adalah berkenaan isu tuntutan kerja pada hari minggu dan perubahan-perubahan yang dilihat berlaku di tempat kerja yang mana perkara tersebut melanggar Artikel 6 Perjanjian Kolektif. Mereka turut dimaklumkan berkenaan kursus dan latihan yang ditawarkan oleh NUBE untuk mereka sertai.
Di akhir perbincangan, Sdra Faisal telah menyentuh berkenaan RUU Akta Kesatuan Sekerja yang mana perkara ini akan mendatangkan perpecahan di antara ahli-ahli kesatuan dan ianya tidak memberikan sebarang manfaat kepada kaum pekerja.