Perjumpaan NUBE KLSP bersama ahli-ahli NUBE CIMB Seksyen 18 Shah Alam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sdra Yeow Kai Xien dan dibantu oleh Naib Pengerusi NUBE KLSP Sdra Mohd Faisal dan AJK NUBE KLSP Sdra Saifulizan.
Mesyuarat ini telah memupuk semangat ahli dengan perlantikan IRC untuk memastikan hak ahli sentiasa dilindungi.
Penerangan mengenai manfaat insuran AIA / NUBE dan tanggungjawab ahli dalam industri perbankan supaya ahli-ahli NUBE lebih peka dalam pekerjaan serta menghadapi cabaran yang akan datang pada masa yang terdekat juga turut dikongsi.
NUBE KLSP mengucapkan tahniah dan syabas kepada IRC yang baru dilantik.
NUBE berharap bahawa IRC yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dalam mengekalkan keharmonian dan semangat ahli di tempat kerja.
Mesyuarat ini diakhiri oleh Sdra Yeow Kai Xien menasihati semua ahli-ahli NUBE supaya lebih peka dengan tannggunjawab dan cara menghadapi cabaran di kerja serta mengikut garisan panduan kerja yang telah ditetapkan oleh pihak Bank.
#NUBEdihatiku #NUBEkeluargaku #NUBEKebanggaanku #NUBE #QualityUnionQualityLife