CIMB Bank Taman Mutiara, Cheras - “Bersedia untuk segala kemungkinan”, itulah, pesanan Sdr Mohd Faisal Bin Husin kepada ahli ahli NUBE CIMB Bank Taman Mutiara Cheras.
Bagi persediaan ini, beliau nasihatkan ahli-ahli untuk memupuk minta belajar dan fahami hak di tempat kerja bagi mendapatkan keyakinan didalam diri sendiri supaya kita seronok bekerja.
Sempena Mesyuarat Am tahunan dan perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023 - 2025 ahli-ahli juga diberi penjelasan dan pemahaman berkenaan kepentingan Upskilling dan ReskillIng , Penilaian Prestasi (NPS) di CIMB Bank dan isu-isu berkaitan polisi pekerjaan serta pemahaman bekenaan faedah perubatan ahli keluarga NUBE/AIA.
Ahli ahli juga dinasihati supaya terus bersolidariti didalam apa jua pejuangan NUBE MALAYSIA yang jelas selama ini telah banyak memberikan kelebihan dengan mengutamakan hak-hak pekerja dan keadilan didalam kehidupan sebagai pekerja di dalam industri perbankan.
NUBE KLSP mengucapkan tahniah kepada IRC yang dilantik dan juga kepada ahli ahli NUBE di CIMB Taman Mutiara Cheras.
#Oneforallandallforone