"Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati,
Kami datang ke Public Bank Selayang,
Untuk bersama bersolidariti."
NUBE KLSP telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Public Bank cawangan Selayang bagi melantik barisan Ahli Jawatankuasa NUBE (IRC) baru yang telah dipengerusikan oleh Ketua Zon iaitu Sdr Yushamizan Bin Yusoff bersama AJK NUBE KLSP iaitu Sdr Saifulizan Bin Hajidan. Mereka turut dibantu oleh AJK Kerja KLSP iaitu Sdr Mhd Farhan Nur Bin Mustafa.
Sdr Yushamizan juga turut memberikan penerangan tentang Skim Insuran Berkelompok NUBE/AIA untuk memberikan pemahaman yang jelas supaya ahli-ahli lebih faham berkenaan faedah yang terkandung untuk dimanfaatkan oleh ahli keluarga mereka.
Antara isu-isu lain yang dibincangkan adalah mengenai pembaharuan di dalam Perjanjian Kolektif serta bagaimana usaha gigih pemimpin NUBE untuk mendapatkan faedah terbaik yang kini turut dinikmati oleh semua kakitangan dalam industri perbankan.
Mereka juga digalakkan untuk menyertai kursus dan latihan yang ditawarkan oleh NUBE termasuk berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan bagi memastikan kesejahteraan mereka di tempat kerja tidak digugat.
NUBE KLSP mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli NUBE di Public Bank cawangan Selayang dan tahniah kepada semua IRC yang baru dilantik.
#Oneforallandallforone
#NUBEdihatiku #NUBEkeluargaku #NUBEKebanggaanku #NUBE #QualityUnionQualityLife