Kuah Langkawi 16 November 2023 - Lawatan kerja disekitar Pekan Kuah telah diadakan selama dua hari untuk menyantuni ahli-ahli di beberapa bank di sini.
Wakil dari NUBE PKP Sdr Mu’az Mohammad Akhir dan Sdri Nurul Afatin Abd Hamid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE PKP dari Zon 1 telah turun ke lapangan untuk berjumpa dan memberi borang mengemaskini data keahlian kepada ahli jawatankuasa penyelaras untuk tujuan pengemaskinian data cawangan.
Disamping itu pegawai yang hadir telah beramah mesra serta bertanya khabar kepada kesemua ahli-ahli dan mengemaskini informasi-informasi terkini.