Kangar 16 November 2023 - Lawatan kerja disekitar Bandar Alor Setar, Kangar dan Pekan Kuah, Langkawi telah diadakan selama dua hari yang pada 15/11/2023 - 16/11/2023 bertujuan untuk menyantuni ahli-ahli di bank.
Pegawai NUBE PKP Sdr Zaini Halidan yang merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP bersama-sama Sdr Abd Manan Saad, Sdr Muhamad Syukri Abdullah, Sdr Mohd Fariq Roslan, Sdr Mu’az Mohammad Akhir dan Sdri Nurul Afatin Abd Hamid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE PKP dari Zon 1 telah turun ke lapangan untuk berjumpa dan memberi borang mengemaskini data keahlian kepada ahli jawatankuasa penyelaras untuk tujuan pengemaskinian data cawangan.
Disamping itu pegawai yang hadir telah mengambil kesempatan beramah mesra serta bertanya khabar tentang permasalahan ahli - ahli di bank dan meminta kesemua ahli - ahli dan mengemaskini informasi terkini.