Memeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), menandakan solidariti pekerja melintasi batas sempadan antara kedua-dua negara.
Presiden KSPSI, Sdra Andi Gani Nena Wea dan Setiausaha Agung Sdra Hermanto Achmad bersama Presiden NUBE Sdra Tan Eng Hong dan Setiausaha Agung Sdra J Solomon menandatangani MoU yang akan memperkuatkan hubungan antara kesatuan dari dua negara jiran dengan peningkatan komunikasi dan dialog terbuka, terutama mengenai isu umum.
Semasa perbincangan di NUBE House, Bro Andi telah menyatakan betapa pentingnya pertukaran pengetahuan dan penerbitan terutama ke arah memperkuatkan pergerakan pekerja dari kedua-dua negara.
SdrA Tan menjelaskan bahawa penandatanganan ini menandakan komitmen dari kesatuan-kesatuan sekerja ini dengan lebih erat ke arah mencapai keharmonian perindustrian di negara masing-masing.
Turut hadir di majlis penandatanganan ini daripada KSPSI ialah Naib Presiden, Sdra Idris Palar dan dari NUBE adalah Timbalan Presiden, Sdra Abdul Jamil Jalaludeen, Naib Presiden Sdri Laila Nor Akma Abdullah, Penolong Setiausaha Agung Sdri A. Karuna dan ahli majlis eksekutifnya Sdra Mohd Faisal Husin dan Sdra Mohd Rahmat Abd Hamid.
MoU ini menandakan satu kejayaan baru bagi kesatuan dari kedua-dua negara ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Sdra Solomon iaitu perlunya program pembangunan kapasiti untuk pekerja yang juga akan mendapat manfaat daripada pengalaman belajar kerja-kerja kesatuan antara pekerja Malaysia dan Indonesia.
Untuk memulakan inisiatif ini, Majlis Eksekutif NUBE akan menghadiri Ulangtahun ke-45 KSPSI yang akan berlangsung pada Februari ini di Indonesia.
Tanpa berhenti, rakan-rakan telah menandakan kalendar mereka untuk program pertukaran pertama yang akan diadakan seawal bukan Mac tahun ini di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson dengan penyertaan 15 perwakilan dari KSPSI dan NUBE masing-masing.
Jawatankuasa NUBE dan IRC boleh menanti-nantikan peluang mendapat pengalaman pembelajaran di cakrawala baru.