KOTA BHARU, 24 Julai 2020 – Mesyuarat Agung Tiga Tahun Ke-38 NUBE Cawangan Kelantan Terengganu telah diadakan di Hotel MGU Firdaus, Kelantan. Seramai 100 orang ahli telah hadir di dalam Mesyuarat Agung ini. Sdr Wan Mohd Affendi Husain dan Sdra Awang Ludin Mohamad telah memulakan mesyuarat dengan memberikan ucapan alu-aluan kepada ahli-ahli. Antara yang lain, 3 scrutineers dan 3 tellers telah dilantik, 12 ahli jawatankuasa cawangan telah dilantik bagi tahun 2020-2023, dan 10 delegasi cawangan telah dilantik bagi tahun 2020-2023.
Bagi pencalonan pegawai utama NUBE Kebangsaan, Sdra Michael Tan Eng Hong telah dicalonkan sebagai Presiden. Sdra Abdul Jamil Jalaludeen telah dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. Sdra L. Baskaran, Sdra Wan Mohd Affendi Husain, Sdra Syukri Mustaffa, Sdri Pavithra Ravi telah dicalonkan sebagai Naib Presiden. Sdra J. Solomon telah dicalonkan sebagai Setiausaha Agung Kehormat. Sdri A. Karuna telah dicalonkan sebagai Penolong Setiausaha Agung Kehormat. Akhir sekali, Sdra Chee Yeeh Ceeu telah dicalonkan sebagai Bendahari Am.
Turut hadir bersama untuk menjayakan Mesyuarat Agung ini ialah wakil-wakil daripada ibu pejabat NUBE iaitu Setiausaha Agung Kehormat Sdra J. Solomon, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Sdri A. Karuna dan Pegawai Perhubungan Industri, Sdra Aizat Syamil.